Pemilik lori yang terbalik dalam kemalangan di Cabang Tiga, Kampung Tawang, Bachok merayu orang ramai memulangkan semula susu yang diambil. Pemiliknya, Azizan Zainudin, 57, berkata mereka hanya mengambil upah menghantar bekalan susu tin itu dari Klang ke gudang di Pengkalan Chepa.Difahamkan daripada 1,500 karton susu yang dibawa, pemandu yang juga anaknya, Mohd Baihaqi, 25 dan pekerja hanya sempat mengambil 149 karton dan 11 tin susu saja.Selebihnya ia diambil orang ramai.Disebabkan itu dia terpaksa membayar kos kerugian RM120,000.Terdahulu, tular rakaman video memaparkan penduduk mengutip susu dari lori terbalik dalam kemalangan pada Rabu.###

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini