68 kenderaan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) yang dijalankan Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Kedah.

Tegas Pengarah JPJ Kedah Abdul Rahman Emang Anyie, tindakan diambil atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Antaranya 16 kesalahan membawa muatan secara merbahaya, 10 kesalahan membawa muatan secara berlebihan, 10 kesalahan lesen kenderaan motor tamat tempoh dan 12 kesalahan tiada perlindungan insurans.

Operasi tiga jam itu melibatkan empat lokasi di sekitar Jitra, Kota Setar, Kuala Muda dan Kulim.

Fokusnya memastikan pematuhan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 serta kaedah-kaedah dibawahnya dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Jelas Abdul Rahman lagi, operasi serupa akan diadakan secara berterusan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini