Pemilik perniagaan termasuk perniagaan kecil dan sederhana di Sarawak disaran mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM. Menterinya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ini bagi membolehkan pemilik perniagaan yang layak, dapat menikmati kemudahan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan persekutuan.

Jelas Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, pihak kementerian memahami dan mendengar keluhan sesetengah kelompok peniaga di negeri ini yang mengutarakan keresahan mereka kerana tidak dapat menikmati manfaat dan insentif untuk golongan peniaga yang disediakan oleh kerajaan persekutuan.

Walau bagaimanapun, setelah diteliti ia berpunca daripada kegagalan mereka mendaftarkan perniagaan dengan SSM, yang menyebabkan ada komuniti peniaga yang tercicir daripada inisiatif berkenaan. Dato’ Sri Alexander berkata demikian pada Majlis Penutupan Karnival Advokasi Kepenggunaan Belia bersama KPDNHEP di Kapit.

Program dua hari tersebut dianjurkan bersama oleh KPDNHEP dan Pejabat Daerah Kapit dengan kerjasama SSM, Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini