Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberikan tempoh sehingga Isnin ini kepada pemilik restoran nasi kandar di Pulau Pinang yang dikatakan menjual sotong mencecah sehingga RM100.

Sekiranya gagal menjawab notis dikeluarkan, tindakan lanjut akan dikenakan mengikut Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011.

Timbalan Menteri KPDNHEP , Datuk Rosol Wahid berkata, tempoh lanjutan  itu bagi membolehkan pemilik restoran melengkapkan dokumen yang dikehendaki untuk siasatan lanjut.

Selepas pihaknya menerima dokumen lengkap, keputusan akan dibuat untuk menentukan sama ada wujud unsur pencatutan atau sebaliknya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini