Bantuan terus disalurkan kepada penduduk terjejas banjir di Sik, Kedah. Terbaharu, 46 pemilik rumah menerima bantuan kewangan dan pek makanan daripada Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASik).

Ahli Parlimennya, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, serahan bantuan melibatkan 13 rumah di Pekan Sik, 10 rumah di Kampung Kemelong dan 4 rumah di Kampung Titi Semang. Ini termasuk, 19 pemilik rumah di Kampung Charok Padang dan Charok Pelanduk.

Ia menjadikan keseluruhan 78 pemilik rumah di sembilan kampung telah menerima bantuan PUSRASik setakat ini. Bantuan disalur secara berperingkat. Hujan lebat Sabtu lalu menyebabkan 94 rumah di 11 kampung di Sik, dilanda banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini