Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang sedia disiasat mana-mana organisasi berhubung kenyataannya minggu lalu mengenai dakwaan pemilikan saham dan kepentingan dalam syarikat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Tan Sri Abu Zahar turut meluahkan kekecewaan dengan kenyataan terbuka enam anggota LPPR yang menjauhkan diri daripada kandungan kenyataan media pada 5 Januari itu.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh enam anggota lembaga itu dilakukan atas dasar reaksi tidak popular daripada segolongan pihak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini