Perkembangan Persidangan Perubahan Iklim COP26 di London.

Pemimpin dunia dijangka mengeluarkan ikrar untuk menamatkan penebangan hutan menjelang 2030.

Menurut Kerajaan Britain selaku tuan rumah persidangan itu, ikrar berkenaan disokong dana awam dan swasta.

Menurut Setiausaha Kementerian Alam Sekitarnya, George Eustice, isu berkenaan mendapat sokongan lebih 100 pemimpin negara yang mewakili lebih 85 peratus kawasan hutan seluruh dunia, termasuk Hutan Hujan Amazon dan Hutan Hujan Lembangan Congo.

Penanda tangan ikrar itu meliputi Brazil, Rusia, Amerika Syarikat (AS), China, Australia dan Perancis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini