Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) kini dibuka sehingga 31 Januari 2022.

URUS tersedia untuk pelanggan individu B50 yang layak di bawah program bantuan pembayaran balik sedia ada setakat 30 September 2021.

Bagi memohon, pelanggan perlu memenuhi semua kriteria ditetapkan.

Ini termasuk mempunyai pendapatan isi rumah bulanan sebanyak RM5,880 atau lebih rendah; kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50 peratus.

Selain itu, individu terlibat juga masih melunaskan pembayaran kemudahan pinjaman atau pembiayaan, tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan URUS.

Di bawah URUS, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan menyediakan pelanggan dengan pelan kewangan khusus yang dibangunkan secara holistik.

Permohonan boleh dibuat secara terus dengan bank masing-masing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini