Seorang pekerja binaan jambatan ditemukan lemas di Sungai Perak, Kampung Sawa, Gerik, Perak, pagi tadi. 
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata mayat Nabil Haikal Nazaruddin, 21 tahun, ditemukan orang awam kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa hilang.
 
Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa didapati hilang ketika mandi bersama rakannya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan setelah bomba menerima panggilan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini