Seorang lelaki melecur di muka dan bahu selepas rumahnya di Kampung Bambangan, Jalan Lumantak Membakut, Sabah, musnah terbakar seratus peratus. Insiden berlaku kira-kira pukul 11.41-malam tadi. Mangsa Hafimi Misran, berusia lingkungan 20-an dihantar ke hospital berdekatan dengan bantuan awam sebelum ketibaan bomba ke lokasi. Api dapat dikawal pada pukul 12.37 tengah malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya sejam kemudian. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini