Sesi Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dijadualkan pada 18 dan 19 Januari ini di Kemboja ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, penangguhan itu dimaklumkan kepadanya hari ini selepas beberapa menteri luar ASEAN tidak dapat menghadiri mesyuarat berkenaan atas sebab-sebab tertentu.

Katanya, beliau sendiri tak dapat hadir kerana ada sidang khas Dewan Rakyat pada 20 Januari yang perlu dihadiri selain proses kuarantin yang perlu dihadapi menteri.

Jelasnya, adalah dibimbangi beliau tidak sempat hadir pada sidang khas Dewan Rakyat jika tetap mahu ke Sesi Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini