Peruntukan dana pembangunan sebanyak RM62 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi pemulihan hutan di Sarawak merupakan salah satu Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan, Ekonomi Sarawak Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) telah ditubuhkan pada 6 Mei tahun lalu bagi merangka Strategi PCDS.

Langkah itu bagi memastikan Sarawak dapat memulakan transformasi sepenuhnya dengan memanfaatkan ketahanan rantaian bekalan, pendigitalan, revolusi perindustrian baharu, dan peralihan kearah ekonomi rendah karbon.

Tan Sri Abang Johari ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Pengurusan Sumber Hutan 2021di Bintulu.

Sebanyak 4.5 juta hutan akan di sijilkan  untuk kawasan lesen hutan asli sementara 178,000 hektar ladang hutan diwujudkan menjelang 2025 di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia dan Majlis Pengawasan Hutan.

Ujar beliau lagi, sektor perhutanan menyasarkan pengurusan mampan hutan tropika dan pemuliharaan biodiversity bagi meningkatkan pertumbuhan pesat industri perkayuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini