Status Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancongan terkemuka, menjadikan negeri ini lokasi paling lumayan buat golongan pemuzik jalanan atau buskers. Namun aktiviti berkaitan buskers terhenti seketika apabila kes Covid-19 melonjak, sebelum peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara kembali membuka ruang untuk industri seni kreatif aktif.

Selepas kira-kira 5 bulan tidak dapat beraksi kepada khalayak umum, kumpulan pemuzik jalanan kini bersyukur dengan peralihan fasa PPN, yang membenarkan mereka untuk kembali memeriahkan bandaraya Melaka.

Selain menjadikan Bandar Hilir sebagai lokasi tumpuan mempamerkan bakat seni mereka, penggiat seni jalanan ini turut kelihatan di pusat beli belah dan premis makanan. Rata-rata mereka akan mula kelihatan sejak petang hingga lewat malam.

Lebih 30 pemuzik jalanan berdaftar dengan kelab Malaysian Buskers terdapat di Melaka, melibatkan 9 kumpulan.

Bagaimanapun cabaran terbaharu mereka adalah memastikan setiap peminat atau pengunjung dapat sama-sama mematuhi SOP terutamanya penjarakan fizikal. Mereka juga berharap pembukaan semula sektor pelancongan dapat memulihkan mata pencarian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini