Penamatan Proklamasi Darurat bagi Sarawak yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam memberi indikasi bahawa proses awal ke arah pilihan raya negeri telah bermula.

Antara yang tumpuan masa kini ialah proses Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menghadap Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) secara rasmi.

Pemberita RTM dan beberapa pengamal media lain berkampung di hadapan kediaman Tun Abdul Taib di Jalan Bako, Kuching sejak awal pagi tadi bagi menanti ketibaan ketua Menteri bagi pemakluman tersebut.

Semua itu hanya akan diketahui selepas Ketua Menteri menghadap Yang di-Pertua Negeri.
 
Pada 2 Ogos lepas, Yang di-Pertuan Agong berkenan mengisytharkan proklamasi darurat bagi DUN Sarawak sehingga 2 Februari tahun depan berikutan kes harian covid-19 yang mencatatkan empat angka pada ketika itu namun ditamatkan semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini