Mesyuarat Khas Pasukan Petugas Pengurusan Pasca Banjir, mengemuka beberapa cadangan penambahbaikan menghadapi banjir.

Antaranya, menambah jumlah siren dilengkapi amaran suara di lokasi banjir untuk mengarahkan penduduk berpindah.

Ia meliputi Sistem Amaran Siren Banjir Berpusat dikoordinasi Jabatan Pengairan dan Saliran, serta kamera litar tertutup di stesen pemantauan aras air.

Turut dicadang, peningkatan tahap perlindungan atau ulangan reka bentuk infrastruktur saliran dan pantai daripada 100 tahun Average Recurrence Interval (ARI) kepada 200 tahun ARI.

Mesyuarat juga meneliti cadangan menambahbaik aspek komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam.

Ia bakal dilaksana menerusi aktiviti latih amal banjir dan maklumat yang dihebah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini