Rakyat Perlis digalakkan mencuba tanaman baharu bagi meningkatkan pendapatan isi rumah.

Ini kerana negeri tersebut memiliki tanah yang subur dan iklim yang sesuai untuk membolehkan beberapa jenis tanaman sesuai diusahakan termasuk jagung bijian.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis Nurulhisham Yaakob berkata, jagung bijian digunakan secara meluas sebagai makanan haiwan ternakan dan Perlis antara negeri yang sedang mengusahakan tanaman berkenaan.

Beliau meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Arau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini