Penangguhan sementara aktiviti umrah bertujuan memperlahankan penularan varian Omicron COVID-19 dalam negara kerana berdasarkan data hampir 78 peratus jangkaan Omicron baharu adalah daripada jemaah umrah.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata mengikut Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), jangkaan Omicron, telah 100 peratus disahkan varian itu melalui jujukan genom penuh.

Penilaian risiko akan terus dilakukan.

Kebolehjangkitan Omicron adalah lebih besar berbanding varian Delta.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan gelombang besar Omicron akan bermula di Malaysia seperti mana di negara-negara lain.

Justeru liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik,  MySJ Trace dan kawalan pintu masuk antarabangsa, merupakan antara langkah memperlahankan penularan Omicron.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini