Keputusan penangguhan penghantaran jemaah umrah berikutan penularan varian Omicron bergantung kepada  penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, pihaknya akan akur sebarang keputusan  dan setakat ini  belum mendapat sebarang arahan daripada KKM dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, MOTAC.

Namun beliau berkata, pihaknya telah mengadakan  perbincangan secara  tidak rasmi dengan kedua-dua kementerian itu.

Idris menjelaskan, penghantaran jemaah dibuat mengikut pematuhan prosuder operasi standard, SOP yang ketat manakala jemaah umrah yang pulang dinasihatkan  melakukan kuarantin diri dan  ujian kendiri Covid-19 setiap hari serta tidak menerima tetamu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini