Semakan semula prospek penarafan kredit berdaulat oleh S&P Global Ratings membuktikan keyakinannya kepada usaha konsolidasi fiskal dan memperkasa pertumbuhan ekonomi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran, Malaysia masih mampu mengekalkan kadar pertumbuhan menggalakkan.

Beliau berkata demikian selepas Sidang Kemuncak Ekonomi Digital dan Teknologi Dunia di ibu negara.