Seorang lelaki di United Kingdom sanggup mencacah tatu bercorak kasut pada kakinya kerana mendakwa ‘sudah penat berbelanja’ untuk kasut baharu. Itu antara insiden yang didedahkan seorang artis tatu, Dean Gunther di Instagram.

Katanya, pelanggan terbabit juga mahu memiliki imej sentiasa memakai kasut walaupun ketika berkaki ayam. Menurut Gunther, dia mengambil masa selama dua jam untuk melakar reka bentuk kasut itu dan lapan jam lagi mencacah tatu pada kaki pelanggannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini