Pencapaian KPI 100 Hari Keluarga Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah memuaskan. Demikian dizahirkan Menterinya, Datuk Seri Rina Harun. Meskipun begitu, segala usaha tidak akan berhenti kerana masih banyak kerja harus dilaksanakan terutama memperkasa wanita, kanak-kanak dan golongan orang kelainan upaya OKU.

KPWKM menggariskan lima inisiatif sebagai indeks pencapaian 100 hari dan kesemua inisiatif tersebut mencapai sasaran 100 peratus. Ia termasuk program MyDaftar OKU, Toll Free Helpline FamilyCare@LPPKN, Skuad Wanita Anti Jenayah (Skuad Waja), Wanita Bangkit@KPWKM dan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini