Jerebu tebal menyelubungi kawasan utara China hari ini, dengan jarak penglihatan di beberapa kawasan kurang daripada 200 meter.

Stesen pemantau di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Beijing hari ini mengesan bahan tercemar mencapai tahap ‘sangat tidak sihat’ untuk penduduk umum.

Susulan itu, lebuh raya dan taman permainan sekolah di Beijing ditutup hari ini.

China dikatakan bertanggungjawab terhadap perubahan iklim, malah telah meningkatkan pengeluaran arang batu selepas dilanda masalah tenaga.

Bagaimanapun, pihak berkuasa di Beijing berkata pencemaran itu berpunca daripada gabungan ‘keadaan cuaca yang tidak baik dan penyebaran pencemaran serantau’.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini