India tetap dengan pendirian untuk tidak menghapuskan penggunaan arang batu walaupun ibu negaranya ketika ini dicemari asap beracun. Ia dinyatakan pada sidang kemuncak COP26.

Tindakan itu dikritik hebat oleh pakar dengan mengatakan bahawa India lebih mengutamakan ekonominya berbanding masa depan bumi dan rakyatnya sendiri.

Penentangan India terhadap sekatan penggunaan arang batu didorong oleh keperluannya terhadap bahan api yang murah. Ia bagi menggerakkan ekonomi dan mengeluarkan ratusan juta rakyatnya daripada kemiskinan tegar.

Sejak awal November, India melaporkan kualiti udara yang semakin teruk, hingga memaksa kerajaan menutup sekolah dan tapak pembinaan di New Delhi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini