Pencemaran boleh memendekkan nyawa hampir 10 tahun di ibu negara India, New Delhi, bandar paling tercemar di dunia.

Menurut laporan kumpulan penyelidik Amerika Syarikat, purata jangka hayat India dipendekkan lima tahun pada tahap kualiti udara semasa.

1.3 bilion penduduk India tinggal di kawasan “paras pencemaran zarah purata tahunan” melebihi had selamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tambah laporan itu, udara buruk membunuh berjuta-juta orang di India setiap tahun.

Udara yang dipenuhi asap, mengandungi paras zarah halus yang sangat tinggi dipanggil PM2.5 iaitu zarah-zarah kecil yang boleh menyumbat paru-paru dan menyebabkan pelbagai penyakit.

Perindustrian, pembangunan ekonomi dan penggunaan bahan api fosil menyumbang peningkatan pencemaran udara di India sejak dua dekad lalu.

Malah, bilangan kenderaan di jalan raya telah meningkat kira-kira empat kali ganda.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini