Pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas telah diwartakan dan akan berkuat kuasa 15 Disember ini.

Perkara itu dinyatakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Disember disiarkan Jabatan Peguam Negara yang turut menyatakan nama Setiausaha Jemaah Menteri Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menurut warta tersebut, Pindaan Perlembagaan yang diwartakan pada 25 November lalu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menetapkan tarikh 15 Disember sebagai tarikh Seksyen 3 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 mula berkuat kuasa.

Akta itu menyatakan pindaan terhadap umur bagi warganegara yang layak mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun. Pendaftaran pengundi secara automatik dibenarkan bagi menggantikan sistem semasa yang menyaksikan rakyat Malaysia perlu memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini