Susulan pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang mensabitkan kesalahan enam penuntut UPNM. Mereka sebelum ini didakwa atas pertuduhan membunuh.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, rayuan akan difailkan AGC untuk mengembalikan Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh.

Semalam, keenam-enam tertuduh terselamat daripada hukuman gantung.

Mereka dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan Osman, empat tahun lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini