Sektor pendidikan dan pemerkasaan modal insan antara tumpuan kerajaan Johor, dalam Belanjawan Johor 2022 yang bakal dibentangkan.  Fokusnya usaha melestarikan pendidikan dan latihan kemahiran untuk melahirkan modal insan berketerampilan dan berkemahiran tinggi.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, sesi pembelajaran yang tertangguh akibat Covid-19 perlu dimulakan segera. Ramai pelajar tidak dapat ke sekolah hingga pembelajaran terganggu disebabkan ekonomi keluarga atau sistem pendidikan diperkenalkan semasa pandemik yang sukar dilaksanakan.

Justeru menjadi tanggungjawab semua untuk mengembalikan kaedah pendidikan sebelum ini dengan mengambil tindakan awal. Beliau menyatakannya pada Majlis Anugerah Hari Guru Peringkat negeri di Johor Bahru.   

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini