Kerajaan sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan data pengguna dalam melaksanakan inisiatif pendigitalan sektor peruncitan.

Menurut Timbalan Menteri Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, ia sentiasa menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan setiap inisiatif digital yang diusahakan kerajaan berjalan dengan baik. 

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang membocorkan data pengguna digital. Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.
 
Jelasnya, ketika ini kerajaan sedang giat melaksanakan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) untuk mempercepatkan penerimaan dan penggunaan e-dompet dalam sektor peruncitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini