Susulan pengumuman perintah berkurung terhadap rakyat yang tidak divaksin, Pusat vaksinasi terbesar di Austria menyaksikan lonjakan penerima.

Bilangan suntikan telah meningkat daripada 1,000 dos sehari kepada sekitar 12,000 dos sehari pada minggu ini.

Walaupun suntikan dos pertama telah meningkat sebanyak 10 hingga 15 peratus majoriti  yang menunggu adalah untuk mendapatkan suntikan penggalak.

Menurut pihak yang mengendalikan pusat vaksinasi, suntikan penggalak telah meningkat kerana had masa untuk Pas Hijau telah dipendekkan.

Sementara itu, penganalisis politik berkata kerajaan Austria sebelum ini tidak berkesan dalam menyampaikan kepentingan vaksin.

Ia sekaligus menyebabkan ramai rakyat Austria tidak mengambil serius kempen vaksinasi apatah lagi selepas bekas Canselor Sebastian Kurz mengisytiharkan wabak itu berakhir musim panas lalu.

Kurz juga berdepan skandal rasuah bulan lalu dan telah digantikan oleh menteri luar, Alexander Schallenberg yang mengeluarkan arahan perintah berkurung terhadap rakyat yang tidak di vaksin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini