Arahan perintah berkurung selama tiga minggu oleh kerajaan Belanda mendapat bantahan penduduk. Polis anti rusuhan dikerah bagi mengawal penunjuk perasaan.

Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di kementerian kehakiman dan keselamatan semasa sidang media Perdana Menteri, Mark Rutte.

Perintah berkurung terbaharu itu menyasarkan restoran, premis kedai dan acara sukan bagi membendung serta mengawal penularan wabak terbabit. Pelawat di rumah pula dihadkan kepada empat orang. Manakala rakyat dinasihat bekerja dari rumah kecuali ada keperluan mendesak.

Perlawanan bola sepak antara Belanda dan Norway bagi kelayakan piala Dunia pula terpaksa diadakan secara tertutup. Sekolah bagaimanapun masih dibenarkan beroperasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini