Penduduk daerah Batu Pahat, Johor diingatkan berwaspada dengan fenomena air pasang besar, yang boleh mengundang banjir termenung. Ia berikutan, paras air 3.3 meter yang direkodkan, adalah yang tertinggi setakat ini.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam, Batu Pahat, Leftenan Muda Pertahanan Awam Suhairi Mat Ali berkata, pemantauan mendapati keadaan air masih naik dan dijangka berlarutan. Limpahan air mengakibatkan 25 penduduk terjejas daripada empat keluarga ditempatkan di Pusat Latihan Pemimpin Muda, Batu Pahat, sejak 9 malam semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini