Orang ramai terutama mereka yang menetap di kawasan berdekatan pantai perlu lebih berwaspada dan bersedia berikutan fenomena air pasang boleh mengakibatkan banjir jika berlaku serentak dengan hujan lebat.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku ketika Monsun Timur Laut bermula 3 November lalu dan dijangka berlarutan hingga Mac tahun hadapan.

Menurutnya, pada fasa awal Monsun Timur Laut bermula bulan ini hingga awal Januari tahun hadapan, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor diikuti Sarawak serta Sabah pada awal Januari serta Februari tahun hadapan.

Orang ramai diminta patuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa jika air pasang besar melanda kawasan masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Maklumat terkini cuaca boleh diperoleh menerusi laman sesawang MetMalaysia, www.met.gov.my, talian 1-300-22-1638, media sosial rasmi atau muat turun aplikasi, myCuaca.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini