Longgokan sisa industri berjadual yang dibuang secara haram di kawasan industri di Paka, membimbangkan penduduk. Sisa tersebut dipercayai dibuang sejak beberapa hari lalu dan kejadian itu masih berterusan sehingga kini.

Penduduk mendakwa, perbuatan membuang sisa industri secara haram itu telah beberapa kali dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan sehingga kini tiada sebarang penyelesaian dibuat pihak terbabit.

Longgokan bahan buangan itu bukan sahaja boleh menjejaskan alam sekitar malah didakwa boleh menjejaskan kesihatan penduduk. Kebanyakan sisa buangan itu dipercayai mengandungi bahan kimia dan baharu dibuang antara dua hingga tiga hari di kawasan itu berdasarkan keadaan tong cat yang masih baru.
 
Penduduk juga mendakwa, kawasan tapak pelupusan haram yang berada tidak jauh dari penempatan itu juga boleh menjejaskan kawasan tadahan air berhampiran. Beberapa pegawai dari Jabatan Alam Sekitar JAS turun ke lokasi bagi membuat pemantauan dan mengambil sampel sisa buangan industri berkenaan untuk siasatan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini