Lebih 5,000 penduduk di Gua Musang, Kelantan bersiap sedia menghadapi bencana banjir gelombang kedua yang diramalkan melanda Khamis ini.

Tinjauan di Kampung Lima Kasturi yang terletak di pinggir Sungai Galas mendapati penduduk sudah mula menyimpan bekalan makanan dan barangan berharga.

Menurut penduduk, mereka sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan apabila
pada tahun ini sahaja sudah lima kali kampung mereka dilanda banjir.

Model ramalan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangka kemungkinan berlaku banjir di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bermula Khamis hingga Jumaat ini. 

Paras air Sungai Galas di Limau Kasturi, Sungai Galas di Dabong dan Sungai Kelantan di Kuala Krai dijangka  melepasi paras bahaya pada 30 hingga 31 Disember ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini