Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan penduduk di beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Johor, Melaka dan Sabah agar berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa berikutan paras air beberapa sungai berada pada tahap bahaya.

Kenyataan JPS menyebut di Pahang, paras air Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera serta Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan berada pada aras bahaya dengan trend menaik.

Manakala Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera berada pada aras bahaya dengan trend menurun.

Di Selangor, aras air di Sungai Bernam Rimba KDR di Sabak Bernam juga berada pada aras bahaya dengan trend menaik.

Di Johor pula, aras air Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak turut berada pada aras bahaya dengan trend menurun.

Bagi Melaka, aras air Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah berada pada aras bahaya dengan trend menaik.

Manakala di Sabah aras air Sungai Padas di Beaufort JPS, Beaufort berada pada aras bahaya dengan tiada perubahan trend.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini