Lebih 10,000 penduduk di kawasan mudah dilanda banjir khususnya di 30 kampung di daerah Gua Musang, Kelantan diingatkan sentiasa bersedia dan berwaspada menghadapi musim tengkujuh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, penduduk di kawasan rendah dan tebing sungai diminta berwaspada dengan kemungkinan banjir lebih buruk akan melanda negeri ini berikutan jangkaan hujan sehingga Mac tahun hadapan. 

Menurutnya, beberapa kawasan rendah di daerah Gua Musang mudah dinaiki air selepas berlaku hujan lebat berterusan melebihi tiga jam. 

Antara lokasi mudah dinaiki air adalah, kampung  berhampiran Sungai Galas, Sungai Nenggiri dan Sungai Lebir. 
 
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini, hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula bulan ini hingga awal Januari 2022, susulan peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula 3 November dan berterusan sehingga Mac tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini