Kelibat seekor harimau berkeliaran di Kampung Tebing Tembah dan Kampung Nyior, Dungun, Terengganu menimbulkan keresahan buat lebih 100 pekebun dan penternak lembu.

Mereka bimbang kemungkinan serangan haiwan liar itu terhadap haiwan ternakan atau penduduk yang sedang bekerja di kebun masing-masing. 

Menurut penduduk, harimau tersebut dipercayai telah tersesat dari kawasan Hutan Simpan Bukit Bauk yang terletak tidak jauh dari kawasan kebun mereka.

Dua hari lalu, beberapa penduduk kampung dilaporkan terserempak dengan haiwan liar berkenaan yang dilihat sedang melintas jalan menuju ke kawasan semak berhampiran.

Walaupun menyedari bahaya yang mungkin dihadapi, mereka masih perlu ke kebun bagi menguruskan tanaman dan ternakan masing-masing.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, Loo Kean Seong ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kehadiran haiwan liar berkenaan.

Pihaknya melakukan pemantauan di sekitar lokasi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini