Penduduk yang tinggal di kawasan rendah di daerah Kemaman, Terengganu kini membuat persiapan awal bagi menghadapi musim tengkujuh.

Langkah ini juga bagi mengelakkan kerugian besar kerosakan harta benda jika dilanda banjir.

Tinjauan di Kampung Teladas Air Puteh, di Hulu Kemaman mendapati hampir kesemua penduduk mula memindahkan dokumen penting dan barangan berharga ke tempat lebih selamat.

Menurut penduduk, keadaan penempatan mereka berhampiran dengan Sungai Kemaman menyebabkan rumah mereka sering ditenggelami air selepas paras air sungai meningkat ekoran hujan.

Selain Kampung Teladas, beberapa kampung lain seperti Kampung Banggol dan Kampung Darat turut mengalami nasib sama setiap kali banjir berlaku.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini