Penduduk Kuantan diminta bersedia dengan sebarang kemungkinan terjadinya gelombang banjir kedua.

Menurut info banjir Kuantan, 10 kawasan yang dijangka terkesan adalah, Tanah Putih; Cenderawasih, Sungai Isap, Permatang Badak, Bukit Rangin, penempatan berhampiran Sungai galing, perumahan sepanjang Sungai Belat dan sekitar Sungai Pahang serta Panching.

Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan merujuk kepada ramalan cuaca membabitkan hujan lebat berterusan dan air pasang pada malam ini dengan ketinggian dianggarkan 3.5 meter.

Pihak bertanggungjawab juga dikehendaki bersedia sepanjang tempoh 24 jam hingga 48 jam bermula pagi hari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini