Penduduk Malaysia pada 2019 dianggarkan berjumlah 32.6 juta orang, meningkat daripada 32.4 juta orang pada tahun lepas. Daripada jumlah itu, 29.4 juta adalah warganegara manakala 3.2 juta bukan warganegara.Angka itu berdasarkan penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2019. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penduduk lelaki melebihi perempuan pada 2019, dengan penduduk lelaki berjumlah 16.8 juta orang manakala perempuan 15.8 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini