Sekumpulan penduduk kecil Myanmar turun mengadakan protes di beberapa jalan utama sekitar Yangon.

Ia bagi memperingati ulang tahun pertama kudeta Junta Myanmar yang menggulingkan kerajaan Aung Sang Suu Kyi yang dipilih rakyat.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk dan melaungkan slogan menentang pemerintahan tentera.

Mereka mengutuk pemerintahan junta dan rampasan kuasa yang disifatkan sebagai penghalang kemajuan demokrasi Myanmar.

Tunjuk perasaan tersebut dicemari insiden keganasan kecil melibatkan nyalaan suar dan sebahagian penunjuk perasaan bertindak melemparkan cat merah.

Protes bagaimanapun terkawal selepas pihak tentera difahamkan telah menerima arahan agar tidak memberi sebarang tindak balas terhadap tunjuk perasaan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini