Peruntukan RM30 juta bagi kemudahan internet di 40 Projek Perumahan Rakyat (PPR) menerusi Bajet 2022 bakal memudahkan penduduk kawasan itu menjalani norma kehidupan baharu termasuk kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Malaysia di Desa Petaling, Nur Zaidi Maaini berharap kemudahan tersebut diberikan secara percuma.

Ini memandangkan majoriti penduduk terdiri daripada golongan B40.

Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Pantai, Pantai Dalam, Tusiah Sino pula berharap kemudahan itu bakal diberikan dalam bentuk jaringan tanpa wayar (WiFi) yang boleh dicapai di rumah masing-masing atau di ruang legar yang luas.

Capaian internet menjadi antara cabaran utama komuniti PPR memandangkan ia kini menjadi keperluan asas untuk semua peringkat umur termasuk bagi tujuan PdPR dan bekerja dari rumah. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini