Penduduk terjejas banjir diberi Pengecualian pembayaran yuran penggantian Lesen Memandu Malaysia (LMM), Lesen kenderaan Motor (LKM) dan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, tiada tempoh ditetapkan bagi menggantikan dokumen berkenaan memandangkan masing-masing mempunyai urusan penting lain seperti menguruskan rumah dan keluarga.

Jelasnya penduduk terjejas banjir yang ingin mendapatkan pengecualian berkenaan perlu membuat laporan polis mengenai kehilangan dokumen sebelum berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Beliau berkata agensi di bawah MOT antaranya JPJ, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Laut Malaysia juga telah digerakkan untuk membantu mangsa banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini