Jumlah penduduk yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat banjir di sekitar Gurun, Kedah meningkat kepada hampir 1,000 orang.

Jumlah itu bertambah hampir sekali ganda berbanding 510 orang petang semalam.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (Pertahanan Awam) Azahar Ahmad, 910 penduduk daripada 219 keluarga terlibat merupakan penduduk 11 kampung dan tiga taman perumahan.

PPS Masjid Pekan Gurun menempatkan jumlah penduduk paling ramai iaitu 619 orang daripada 149 keluarga.

291 lagi penduduk terjejas daripada 70 keluarga berada di PPS Surau Kampung Sungai Bongkok. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini