Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di daerah Hilir Perak berkurangan kepada 57 orang, pagi tadi.

Kesemua mereka masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan di Langkap.
 
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, PPS Dewan Serbaguna Chikus masih aktif sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan.
 
Banjir kilat berlaku akibat limpahan air Sungai Batang Padang menyebabkan kawasan penempatan penduduk dinaiki air setinggi 0.3 meter.
 
Dua PPS terbabit dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini