Jumlah penduduk terjejas  banjir di Johor terus menurun apabila 2,255 orang daripada 641 keluarga kini ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah individu terkesan banjir di Segamat berkurang kepada seramai 734 mangsa daripada 199 keluarga ditempatkan di 15 PPS.

Daerah lain turut sama mencatatkan penurunan adalah Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

Empat jalan masih ditutup bagi semua jenis kenderaan membabitkan Jalan Pogoh, Segamat; Jalan Felda Bukit Aping (Jalan Kemuning 1), Kota Tinggi; Jalan Tekam-Pogoh, Muar dan Jalan Muar-Labis, Muar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini