Penduduk terjejas banjir di negeri Kedah mencatatkan penurunan kepada 853 orang daripada 234 keluarga.
 
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mohd Muaz Mohd Yusof berkata tiga pusat pemindahan sementara (PPS) juga ditutup masing-masing dua di Kubang Pasu dan satu di Kota Setar.

Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah penduduk tertinggi iaitu 550 orang daripada 156 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS.
 
Manakala seramai 287 penduduk daripada 75 keluarga pula mendapat perlindungan di dua
PPS di daerah Pendang.
 
Di Pokok Sena dan Baling, masing-masing terdapat satu PPS yang masih aktif iaitu SK Tualang yang menempatkan enam mangsa daripada dua keluarga dan SK Tembak  yang menempatkan 10 penduduk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini