Penduduk terjejas banjir di Kelantan menurun kepada 946 orang pagi ini, berbanding 1,009 orang petang semalam.

Kesemua penduduk terjejas banjir membabitkan 305 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Setakat ini, tiga daerah dilanda banjir iaitu Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah susulan hujan lebat.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 8.30 pagi ini, Jeli mencatatkan 803 penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di enam PPS.

Kuala Krai pula merekodkan 314 orang di 11 PPS, manakala Tanah Merah merekodkan 12 penduduk yang ditempatkan di satu PPS.

Sementara itu, Sungai Kelantan di Kuala Krai masih melepasi paras bahaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini