Bantuan bekalan makanan disalurkan kepada penduduk terjejas banjir di Long Busang, Belaga pada semalam. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, JP-BN Sarawak memaklumkan usaha membabitkan 11 orang rombongan daripada pelbagai agensi.
Agensi terlibat termasuk pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah Bukit Mabong, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia. Banjir turut menjejaskan kira-kira seribu penduduk termasuk kawasan sekitar dan Sekolah Kebangsaan Long Busang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini