Jumlah penduduk terjejas banjir di Melaka terus meningkat kepada 563 orang daripada 112 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka juga bertambah kepada 11 berbanding 10 buah tengah malam tadi.

Sembilan PPS dibuka di daerah Alor Gajah manakala di daerah Melaka Tengah pula, dua PPS dibuka iaitu di Balai Raya Kampung Tanah Merah dan Sekolah Kebangsaan Krubong. Selain itu, jumlah kawasan terjejas banjir meningkat kepada 28 kawasan di Melaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini